Saturday, 8 April 2017

TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM


Tajuk : Langkah-Langkah Memupuk Amalan Membaca

Isi-Isi :

-Peranan Ibu Bapa Untuk Memupuk Amalan Membaca Sejak Dari Anak-Anak Masih Kecil

-Peranan Guru-Guru Untuk Memupuk Amalan Membaca Di Sekolah

- Kesedaran Individu Tentang Pentingnya Membaca

-Media Massa Berperanan Untuk Menyiarkan Iklan Tentang Amalan Membaca

-Mengadakan Program Jualan Buku Dan Pesta Buku

 **pelajar boleh menggunakan teknik APA, MENGAPA, BAGAIMANA, CONTOH, RUMUSAN untuk mengembangkan isi. Huraian tidak semestinya ditulis terlalu panjang. Sudah memadai sekiranya isi anda ringkas, padat dan tepat. **

 ISI PERTAMA

APA
Peranan Ibu Bapa Untuk Memupuk Amalan Membaca Sejak Dari Anak-Anak Masih Kecil
MENGAPA
Mengapa ibu bapa yang perlu memupuk minat membaca anak-anak?
BAGAIMANA
Bagaimana cara yang boleh dilakukan ibu bapa untuk menarik minat anak-anak untuk membaca?
CONTOH
Berikan contoh-contoh yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menarik minat anak-anak membaca
RUMUSAN
Harapan terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa.
Masukkan peribahasa yang sesuai : “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” “bagaimana acuan begitulah kuihnya”

 

Antara langkah-langkah untuk memupuk minat membaca adalah melalui peranan ibu bapa. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan golongan yang paling rapat dengan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa boleh memupuk minat membaca dalam diri anak-anak semenjak mereka masih kecil lagi. Seperti pepatah melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Jika budaya membaca ini dipupuk sejak dari kecil lagi, pastinya mereka akan terbiasa dengan budaya dan amalan membaca, sekaligus menjadi satu aktiviti wajib dalam kehidupan seharian mereka sehingga mereka dewasa kelak. Ibu bapa boleh menjadikan buku atau bahan bacaan sebagai hadiah sewaktu ulangtahun kelahiran mereka. Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak ke perpustakaan pada hujung minggu. Di samping dapat menambah ilmu pengetahuan dengan membaca, ibu bapa juga dapat meluangkan masa dengan anak-anak. “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.” Untuk menggalakkan anak-anak membaca, sewajarnya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan menunjukkan contoh terbaik untuk mereka.

 ISI KEDUA

APA
Peranan Guru-Guru Untuk Memupuk Amalan Membaca Di Sekolah
MENGAPA
Mengapa guru perlu memupuk minat membaca dikalangan remaja di sekolah
BAGAIMANA
Bagaimana cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat pelajar untuk membaca?
CONTOH
Berikan contoh-contoh yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat pelajar membaca
RUMUSAN
Harapan terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh guru.
Masukkan peribahasa yang sesuai : “Genggam bara api biar sampai jadi arang” “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”

 

Selain ibu bapa, guru juga merupakan golongan yang rapat dengan remaja. Jika di rumah, ibu bapa yang bertanggungjawab menjaga dan mendidik anak-anak, namun di sekolah, guru diibaratkan seperti ibu bapa kedua bagi anak-anak. Di sekolah, guru-guru dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) boleh mengadakan program membaca seperti program nilai atau mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan membaca. Selain itu, untuk menggalakkan pelajar membaca, guru-guru boleh memberikan hadiah dan sijil penghargaan kepada pelajar yang banyak membaca. Semestinya penghargaan seperti ini dapat membakar semangatpelajar untuk membaca lebih banyak buku selain daripada buku pelajaran di sekolah. “Genggam bara api biar sampai jadi arang.” Usaha-usaha ini perlulah dilakukan sepanjang masa bukan sekadar “hangat-hangat tahi ayam”. Diharapkan segala usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah ini dapat menanamkan minat membaca dalam kalangan pelajar.

No comments:

Post a Comment