Sunday, 9 April 2017

Cara mengubati kucing sakit perut



Mesti anda susah hati setiap kali melihat haiwan kesayangan anda mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit. Kucing yang mengalami sakit perut biasanya tidak lalu makan, tidak aktif, dan kelihatan gelisah.

Walaupun anda menghidangkan makanan kegemaran sekalipun, si comel hanya menghidu makanan tersebut dan berlalu meninggalkan bekas makanan tanpa mengusiknya walaupun sedikit. Selain itu, kucing akan kerap kali ke tandas/litter box.

Untuk merawat kucing yang mengalami ciri-birit, anda boleh membeli ubat cirit-birit di veterinar. Tetapi, bagaimana sekiranya veterinar tutup atau kehabisan ubat? Jangan risau, ada cara lain untuk membantu si manja.

Setiap kali kucing di rumah mengalami cirit-birit, saya akan memberikan labu kepada mereka. Rebus labu sehingga lembut, kemudian, gaulkan bersama-sama dengan ayam/ikan mengikut kesukaan kucing anda.

Jika anda tertanya-tanya, "kucing makan labu ke?" jawapannya, sudah tentu! kucing tertarik dengan aroma labu. Kalau anda tak percaya? Cuba lah!

Sekiranya kucing anda enggan makan, masa inilah nak tunjukkan yang anda merupakan tuan yang prihatin! suapkan makanan tersebut kemulut simanja, pastinya simanja akan makan dengan penuh berselera.

dan.. yang paling penting, najis kucing anda akan kembali keras seperti biasa, maksudnya, cirit-birit tu dah pulih. yeayy!!

Selain daripada mengubati cirit-birit, labu juga boleh dijadikan sebagai makanan harian simanja. Gaulkan sahaja bersama-sama ikan, bayam, dan labu. Kemudian masukkan di dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.

No comments:

Post a Comment