Saturday, 8 April 2017

SOALAN SEJARAH SPM (BAB 1-3 TING 4 & TING 5)


                                  
mudun   madain   madana

1. Rajah berikut merujuk kepada istilah tamadun dalam bahasa Arab.

Apakah maksud istilah madana?

A Pencapaian lahiriah

B Pembukaan Bandar

C Pembangunan

D Peradaban

 

 2.Kerajaan Kedah Tua dianggap sebagai pelabuhan yang tertua di kawasan pantai barat

Semenanjung Tanah Melayu.

Apakah buktinya ?

A Jumpaan tembikar China

B Jumpaan mata wang Mesir

C Jumpaan manik Mesopotamia

D Jumpaan barangan kaca Eropah

 

 3.Apakah bukti masyarakat Asia Tenggara menerima pengaruh Hindu Buddha dalam aspek kehidupan?

 

A Meninggalkan kebudayaan tradisi mereka

B Bersikap terbuka dan sedia menerima perubahan

C Mudah terpengaruh dengan kebudayaan luar

D Hanya terpengaruh dengan kebudayaan India sahaja

4.Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi

A perdagangan

B perkahwinan

C karya penulisan dan persuratan

D pengislaman raja dan golongan bangsawan

5.Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Zaman Gelap di Eropah?

I Gereja sangat berkuasa

II Kelembapan ilmu pengetahuan

III kepesatan perkembangan ekonomi

IV Sistem pemerintahan yang berkesan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

6.Mengapakah perkembangan lebih pesat berlaku di pantai barat Tanah Melayu semasa

penjajahan British?

A Ramai penduduk

B Kekayaan hasil bumi

C Kemudahan infrastruktur

D Kedudukan yang strategic

7.Apakah faktor yang mendorong masyarakat tempatan memberikan sokongan kepada pembesar untuk menentang British?

A. Sistem kerahan tenaga

B. Menjadi adat turun temurun

C. Pelaksanaan undang-undang Barat

D. Mendapat pengiktirafan pemimpin

 

8.Apakah kepentingan kedaulatan kepada sesebuah negara?

A. Mengukuhkan kuasa pemerintah

B. Meluaskan empayar

C. Melancarkan urusan pentadbiran

D. Membebaskan negara daripada penjajahan

 

9.Apakah sistem yang diamalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka untuk menjamin pengukuhan sistem pemerintahan beraja?

A. Sistem realpolitik

B. Raja berperlembagaan

C. Amalan adat perpatih

D. Sistem pembesar empat lipatan

 

10.Mengapakah Perlembagaan Malaysia bersifat luhur?

A. Perlembagaan melarang perkara sensitif dipersoalkan

B. Ahli parlimen berkuasa meminda Perlembagaan negara

C. Kerajaan negeri berhak mempunyai Perlembagaan sendiri

D. Semua undang-undang tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan

 

11.Apakah kesan penubuhan Malaysia terhadap rantau Asia Tenggara?

A. Mewujudkan kestabilan politik

B. Melahirkan kerjasama ketenteraan

C. Mengeratkan kerjasama antara negara

D. Menghindarkan campurtangan kuasa asing

 

12.Perlembagaan Malaysia memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif bagi kerajaan negeri terletak pada

A. sultan

B. menteri besar

C. setiausaha kerajaan negeri

D. ahli dewan undangan

 

13..Masyarakat Athens mementingkan sukan. seni berpidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan.

Mengapakah bidang tersebut penting?

A Memudahkan mobiliti sosial

B Membina watak kepemimpinan

C Melahirkan rakyat yang seimbang

D Memperkukuh jati diri masyarakat

 

14.Penganut agama Hindu berusaha untuk mencapai moksya. Mereka berbuat demikian supaya

A dilahirkan semula

B diberi pengampunan

C dimasukkan ke syurga

D disatukan dengan tuhan

 

15.Negara-negara Barat berikut mula melaksanakan dasar imperialismenya di Asia Tenggara pada kurun ke-16.

Apakah tujuan asal dasar tersebut ?

A Meluaskan tanah jajahan

B Menguasai perdagangan rempah ratus

C Menyebarkan agama kristian

D Mentamadunkan penduduk Asia Tenggara

 

16.Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu.

Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan?

A Meluaskan wilayah pengaruh

B Mengekalkan kedaulatan negeri

C Membentuk kerajaan demokrasi

D Mengukuhkan hubungan dengan Siam

 

17.Antara yang berikut, yang manakah lambang negara Malaysia?

 

I Wau II Keris III Jata Negara IV Lagu Kebangsaan

 

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

 

18.Petempatan kekal merupakan satu ciri penting kemunculan tamadun.

Apakah unsur penting yang menentukan pemilihan sesuatu kawasan sebagai petempatan kekal dalam tamadun tersebut?

 A Keluasan tanah

B Kepadatan penduduk

C Kewujudan sistem kepercayaan

D Kelangsungan bekalan makanan

 

19.Siapakah yang menentukan kadar cukai import yang diperkenalkan di pelabuhan Melaka pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka?

A. Duta asing

B. Laksamana

C. Pemerintah

D. Syahbandar

 

20.Apakah faktor yang mendorong masyarakat Eropah datang ke timur pada abad ke -16?

A. Menyebarkan agama Kristian

 B. Kekayaan bahan mentah

C. Memasarkan hasil keluaran

D. Meluaskan pengaruh politik

 

21.Antara berikut, yang manakah menghuraikan ciri-ciri ekonomi tradisional? I Penglibatan ahli keluarga

II Pengunaan modal yang kecil

III Pengunaan teknologi yang canggih

IV Pengeluaran untuk keperluan domestik

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

 

22. Apakah faktor yang mempengaruhi perkembangan imperialisme barat di Asia Tenggara?

A. Penggunaan kapal berkuasa wap

B. Pembukaan pelabuhan pembekal

C. Pengenalan birokrasi barat

D. Penciptaan mesin cetak 

 

23. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri – ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia?

I. Raja Monarki

II. Pilihan Raya

III. Parlimen

IV. Pungutan Suara

A. I dan II

B. II dan III

C. III dan IV

D. IV dan II

 

24.Apakah yang dilambangkan oleh bulan sabit berwarna kuning yang terletak pada bahagian atas Jata Negara?

A. Hak istimewa orang Melayu

B. Negeri-negeri Melayu tidak bersekutu

C. Agama Islam agama rasmi Malaysia

D. Lambang negeri Melaka

 

25. Malaysia tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Apakah yang dilakukan oleh Israel sehingga Malaysia bertindak sedmikian.?

A. Menceroboh dan menindas negara Palestin

B. Melaksanakan Dasar Apartheid

C. Menanggotai Blok Kapitalis

D. Menyokong aktiviti keganasan

 

26. Apakah tindakan British setelah arahannya untuk membayar ufti diingkari oleh Dol Said?

A Menduduki Naning

B Membunuh Dol Said

C Merampas hasil penduduk

D Memulau wilayah Naning

 

27. Apakah peranan buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

I Menasihati undang

II Memimpin suku

III Mengetuai perut

IV Melantik lembaga

 

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

 

28. Menurut Perlembagaan Malaysia, kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan terletak pada

A Sultan

B Jemaah Menteri

C Perdana Menteri

D Yang di-Pertuan Agong

 

29. Antara berikut, manakah padanan yang SALAH

NOVEL
PENGARANG
A- Keris Melaka
Ahmad Kassim
B- Anak Mat Lela Gila
Ishak Haji Muhammad
C- Putera Gunung Tanah
Ishak Haji Muhammad
D- Melor Kuala Lumpur
Harun Aminurrashid

 

30. Apakah maksud anak bulan yang terdapat pada jalur gemilang

 

A Agama Islam

B Kedaulatan

C Perpaduan

D Kerajaan Persekutuan

No comments:

Post a Comment