Saturday, 8 April 2017

Pengalaman temuduga SPA Gred L29

Pada March yang lalu, saya menghadiri temuduga SPA gred L29, Penolong Pegawai Undang-undang. Seminggu sebelum tarikh temuduga, saya telah menerima emel panggilan temuduga. Dua panggilan serentak. Jawatan yang sama tetapi jabatan berlainan. Temuduga pertama di Pusat temuduga SPA di Alor Setar, Kedah dan hari berikutnya pula di Pulau Pinang.

Memandangkan ini pengalaman kali pertama, perasaan sewaktu mula-mula terima panggilan temuduga tu, mestilah teruja kan! Walaupun hanya temuduga, iols bersyukur sangat dah. Bukan semua orang lepas calon tapisan untuk temuduga. Kebetulan, classmate saya pun dapat temuduga SPA, cuma gred yang berbeza. Kawan saya tu dapat temuduga bahagian Syariah. Yang peliknya, saya tak lepas tapisan untuk bidang syariah. sedangkan kitaorang dari kolej yang sama, kelas yang sama pulak tu.. result pun lebih kurang ajee.. haa sebab tu lah iols cakap tadi,bukan semua orang lepas tapisan temuduga tu!

Okay,berbalik kepada cerita temuduga tadi. kan saya dapat dua iv gred yang sama, saya pun confuse pada mulanya. "jawatan sama kot? lebih baik pergi yang dekat.. nak pi loqstaq tu jauh baq hang." kata saya bermonolog dalam hati :p

punyalah lama berteka-teki seorang diri, iols ambil langkah berjaga-jaga, lebih baik call SPA Tanya sendiri segala kesulitan dan ketidakfahaman tersebut. takmau lah nanti menyesal dikemudian hari. Godek-godek Facebook SPA, jumpa contact, terus je dial tanpa fikir panjang lagi dah. tutt...tutt...tuttt.. line busy. iols call lagi, tuttt..tuttt.... okay, dah ada orang jawab. "Selamat pagi, boleh saya bantu?" ehem...

"Saya nak Tanya berkaitan temuduga..." tak sempat pun nak habiskan ayat...dia dah potong "saya akan sambungkan ke bahagian pengambilan.." tutt...tuttt...tutt..... 3 minit kemudian, "boleh saya bantu?" "saya nak Tanya tentang temuduga gred L29" tutttt....tuttttt.tuttttt.... eh???

lebih kurang lapan kali juga la, talian bersambung-sambung. dan saya masih ulang ayat yang sama :D
at last sampai pun pada orang yang merungkai segala persoalan pelik dan aneh dalam fikiran saya ni.
Katanya, pergi sahaja kedua-dua iv tu, sebab iv jabatan yang berbeza.dekat Kedah tu bahagian BHEUU, Jabatan Peguam Negara, Bantuan guaman manakala yang dekat Penang tu, jabatan insovensi.

Kira bonus la dapat dua iv serentak. seriously I have no idea.. tak dapat bayangkan langsung rupa temuduga spa ni macam mana. tak boleh nak predict soalan yang bakal ditanya. dalam masa seminggu tu, iols berusaha study sehabis baik, google soalan-soalan bocor, baca pengalaman orang. But still, im clueless. Sampai la detik ditunggu-tunggu.

Alor Setar, Kedah - March 2017 - Jam 10pagi

sebenarnya dah sampai sana dalam pukul 8.30 pagi. memandangkan iv tu pukul 10, iols lepak dalam kereta, study sikit-sikit nak bagi ingat. 9.45 pagi, saya naik bangunan tu, tingkat 5 kalau tak salah. masa tu ada la dalam beberapa orang, tak sampai sepuluh orang pun. masuk je tempat tu, kena daftar. tetiba je kena sound (dia acah-acah je) "pukul berapa hang mai ni?" saya pun jelling jam dekat dinding depan tu.. "9.45" "iv pukul 10, 9.45 baru hang sampai? kalau hang jadi bomba, habis hangus semua orang." krikkkkkrikkkk... serius I blur.. I sengih jelah.

Rupa-rupanya, even dekat surat tu tulis korang iv pukul 10, korang daftar pukul 8pagi pun tak apa. panggilan berdasarkan no giliran.If datang awal, awal la habis. (Baru kutahu..huhu)

Dah lepas daftar, dapat no giliran, sementara tunggu nombor korang dipanggil, Encik dekat kaunter pendaftaran tu akan tolong korang susun file. susun sijil-sijil ikut turutan. oh ya, ini pun iols ada masalah.. maybe lain tempat lain cara susunan. sebelum tu, saya Tanya beberapa orang termasuk kawan saya yang pergi iv syariah tu.. which is dia punya iv seminggu awal dari saya. so mestilah dia dah tau do and don't kan..

Rupa-rupanya, cara susunan dekat sini lain macam sikit. kena letak dari UPSR sampailah ke pendidikan paling terakhir. sekolah - IPTA. What I have been told before, kena susun dari IPTA-sekolah. letak paling terkini. Dahtu, saya kena lah susun balik segala sijil-sijil yang ada. uhuhu.. ini la yang dikatakan pengalaman pertama.

hampir sejam setengah menunggu, tibanya giliran nombor saya. berdebar-debar masa tu!masuk je bilik, ada dua orang panel. both perempuan, cantik-cantik, bergaya! hihi.... saya masuk dengan penuh sopan, ketuk pintu,bagi salam.. letak file atas meja. INGAT, DUDUK SETELAH DIBERITAHU! dah lepas letak file, puan-puan tu cakap, silakan duduk. iols pun duduk dekat kerusi yang jaraknya 3 depa dari mereka.

Soalan pertama : Perkenalkan diri anda

saya cuma bagitahu benda yang penting dan yang berkaitan sahaja (petua google)

soalan kedua : kenapa pilih undang-undang?

saya jawab sejujurnya-jujurnya

soalan ketiga : soalan berkaitan isu semasa. waktu ni ada kes kemalangan meragut nyawa 8 remaja berbasikal di Johor.

Apa pendapat anda berkaitan kes ini?
Apa tindakan yang perlu dilakukan?
Apa undang-undang yang digunakapakai?
Bagaimana untuk tangani masalah ini?

haaa...amekkaw...berderet soalan..

soalan seterusnya : awak tahu tentang jawatan ni?

then, cerita la serba sedikit tentang jabatan yang berkaitan

soalan : Senaraikan mahkamah mengikut turutan

soalan : siapa hakim Negara, siapa menteri di jabatan BHEUU, apakah jawatan tertinggi di jabatan..

dan tiba-tiba... (saat mendebarkan)

"saya tengok awak ni banyak dapat dekan. mesti student pandai. awak belajar syariah juga kan? kalau macam tu, cuba cerita berkaitan li'an"

dushhh...blackout tiba-tiba!blank!!! sebab iols cuma study untuk sivil je. memang segala hal-hal lain iols tak ingat langsung. nervous la katakan. last-last jawapan salah.huhuhu....

TIPS : kalau tak tahu, jangan terus diam, geleng-geleng, atau jangan sesekali berlagak macam tahu. lebih manis jawab dengan penuh merendah diri "maaf, saya kurang pasti, tapi seingat saya......" ini menunjukkan,anda taktahu, tapi masih mencuba. well said, jujur tu lebih baik.

Then, bila soalan diajukan dalam English, sila jawab dalam English juga :)


**Bersambung iv kedua yang lebih mencabar tetapi seronok! **

5 comments:

  1. Salam. Sy dh lulus exam. Tinggal nak iv lg. Risau huhuhu... sy ada diploma pentadbiran awam je

    ReplyDelete
  2. Uish.sama la.berapa hb?saya diploma pentadbiran awam jgk.

    ReplyDelete
  3. Wahh iv kedua tu pulak macam mana ye sis. Mohon share kalau tdk keberatan

    ReplyDelete
  4. sis boleth tak saya nak tanya kawan sis pengalaman iv syariah pulak

    ReplyDelete
  5. salam.. boleh tahu berapa lama masa di ambil dari terima email temuduga sehingga tarikh temuduga? sebab saya dah terima email untuk submit borang dan sijil2 berkaitan.. masih belum dapat tarikh temuduga untuk tahun 2021/2022..

    ReplyDelete