nfarhanahamid
Sunday, 9 April 2017
Cara mengubati kucing sakit perut
Mesti anda susah hati setiap kali melihat haiwan kesayangan anda mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit. Kucing yang mengalami sakit perut biasanya tidak lalu makan, tidak aktif, dan kelihatan gelisah.
Walaupun anda menghidangkan makanan kegemaran sekalipun, si comel hanya menghidu makanan tersebut dan berlalu meninggalkan bekas makanan tanpa mengusiknya walaupun sedikit. Selain itu, kucing akan kerap kali ke tandas/litter box.
Untuk merawat kucing yang mengalami ciri-birit, anda boleh membeli ubat cirit-birit di veterinar. Tetapi, bagaimana sekiranya veterinar tutup atau kehabisan ubat? Jangan risau, ada cara lain untuk membantu si manja.
Setiap kali kucing di rumah mengalami cirit-birit, saya akan memberikan labu kepada mereka. Rebus labu sehingga lembut, kemudian, gaulkan bersama-sama dengan ayam/ikan mengikut kesukaan kucing anda.
Jika anda tertanya-tanya, "kucing makan labu ke?" jawapannya, sudah tentu! kucing tertarik dengan aroma labu. Kalau anda tak percaya? Cuba lah!
Sekiranya kucing anda enggan makan, masa inilah nak tunjukkan yang anda merupakan tuan yang prihatin! suapkan makanan tersebut kemulut simanja, pastinya simanja akan makan dengan penuh berselera.
dan.. yang paling penting, najis kucing anda akan kembali keras seperti biasa, maksudnya, cirit-birit tu dah pulih. yeayy!!
Selain daripada mengubati cirit-birit, labu juga boleh dijadikan sebagai makanan harian simanja. Gaulkan sahaja bersama-sama ikan, bayam, dan labu. Kemudian masukkan di dalam bekas dan simpan di dalam peti ais.
Saturday, 8 April 2017
Pengalaman temuduga SPA Gred L29
Pada March yang lalu, saya menghadiri temuduga SPA gred L29, Penolong Pegawai Undang-undang. Seminggu sebelum tarikh temuduga, saya telah menerima emel panggilan temuduga. Dua panggilan serentak. Jawatan yang sama tetapi jabatan berlainan. Temuduga pertama di Pusat temuduga SPA di Alor Setar, Kedah dan hari berikutnya pula di Pulau Pinang.
Memandangkan ini pengalaman kali pertama, perasaan sewaktu mula-mula terima panggilan temuduga tu, mestilah teruja kan! Walaupun hanya temuduga, iols bersyukur sangat dah. Bukan semua orang lepas calon tapisan untuk temuduga. Kebetulan, classmate saya pun dapat temuduga SPA, cuma gred yang berbeza. Kawan saya tu dapat temuduga bahagian Syariah. Yang peliknya, saya tak lepas tapisan untuk bidang syariah. sedangkan kitaorang dari kolej yang sama, kelas yang sama pulak tu.. result pun lebih kurang ajee.. haa sebab tu lah iols cakap tadi,bukan semua orang lepas tapisan temuduga tu!
Okay,berbalik kepada cerita temuduga tadi. kan saya dapat dua iv gred yang sama, saya pun confuse pada mulanya. "jawatan sama kot? lebih baik pergi yang dekat.. nak pi loqstaq tu jauh baq hang." kata saya bermonolog dalam hati :p
punyalah lama berteka-teki seorang diri, iols ambil langkah berjaga-jaga, lebih baik call SPA Tanya sendiri segala kesulitan dan ketidakfahaman tersebut. takmau lah nanti menyesal dikemudian hari. Godek-godek Facebook SPA, jumpa contact, terus je dial tanpa fikir panjang lagi dah. tutt...tutt...tuttt.. line busy. iols call lagi, tuttt..tuttt.... okay, dah ada orang jawab. "Selamat pagi, boleh saya bantu?" ehem...
"Saya nak Tanya berkaitan temuduga..." tak sempat pun nak habiskan ayat...dia dah potong "saya akan sambungkan ke bahagian pengambilan.." tutt...tuttt...tutt..... 3 minit kemudian, "boleh saya bantu?" "saya nak Tanya tentang temuduga gred L29" tutttt....tuttttt.tuttttt.... eh???
lebih kurang lapan kali juga la, talian bersambung-sambung. dan saya masih ulang ayat yang sama :D
at last sampai pun pada orang yang merungkai segala persoalan pelik dan aneh dalam fikiran saya ni.
Katanya, pergi sahaja kedua-dua iv tu, sebab iv jabatan yang berbeza.dekat Kedah tu bahagian BHEUU, Jabatan Peguam Negara, Bantuan guaman manakala yang dekat Penang tu, jabatan insovensi.
Kira bonus la dapat dua iv serentak. seriously I have no idea.. tak dapat bayangkan langsung rupa temuduga spa ni macam mana. tak boleh nak predict soalan yang bakal ditanya. dalam masa seminggu tu, iols berusaha study sehabis baik, google soalan-soalan bocor, baca pengalaman orang. But still, im clueless. Sampai la detik ditunggu-tunggu.
Alor Setar, Kedah - March 2017 - Jam 10pagi
sebenarnya dah sampai sana dalam pukul 8.30 pagi. memandangkan iv tu pukul 10, iols lepak dalam kereta, study sikit-sikit nak bagi ingat. 9.45 pagi, saya naik bangunan tu, tingkat 5 kalau tak salah. masa tu ada la dalam beberapa orang, tak sampai sepuluh orang pun. masuk je tempat tu, kena daftar. tetiba je kena sound (dia acah-acah je) "pukul berapa hang mai ni?" saya pun jelling jam dekat dinding depan tu.. "9.45" "iv pukul 10, 9.45 baru hang sampai? kalau hang jadi bomba, habis hangus semua orang." krikkkkkrikkkk... serius I blur.. I sengih jelah.
Rupa-rupanya, even dekat surat tu tulis korang iv pukul 10, korang daftar pukul 8pagi pun tak apa. panggilan berdasarkan no giliran.If datang awal, awal la habis. (Baru kutahu..huhu)
Dah lepas daftar, dapat no giliran, sementara tunggu nombor korang dipanggil, Encik dekat kaunter pendaftaran tu akan tolong korang susun file. susun sijil-sijil ikut turutan. oh ya, ini pun iols ada masalah.. maybe lain tempat lain cara susunan. sebelum tu, saya Tanya beberapa orang termasuk kawan saya yang pergi iv syariah tu.. which is dia punya iv seminggu awal dari saya. so mestilah dia dah tau do and don't kan..
Rupa-rupanya, cara susunan dekat sini lain macam sikit. kena letak dari UPSR sampailah ke pendidikan paling terakhir. sekolah - IPTA. What I have been told before, kena susun dari IPTA-sekolah. letak paling terkini. Dahtu, saya kena lah susun balik segala sijil-sijil yang ada. uhuhu.. ini la yang dikatakan pengalaman pertama.
hampir sejam setengah menunggu, tibanya giliran nombor saya. berdebar-debar masa tu!masuk je bilik, ada dua orang panel. both perempuan, cantik-cantik, bergaya! hihi.... saya masuk dengan penuh sopan, ketuk pintu,bagi salam.. letak file atas meja. INGAT, DUDUK SETELAH DIBERITAHU! dah lepas letak file, puan-puan tu cakap, silakan duduk. iols pun duduk dekat kerusi yang jaraknya 3 depa dari mereka.
Soalan pertama : Perkenalkan diri anda
saya cuma bagitahu benda yang penting dan yang berkaitan sahaja (petua google)
soalan kedua : kenapa pilih undang-undang?
saya jawab sejujurnya-jujurnya
soalan ketiga : soalan berkaitan isu semasa. waktu ni ada kes kemalangan meragut nyawa 8 remaja berbasikal di Johor.
Apa pendapat anda berkaitan kes ini?
Apa tindakan yang perlu dilakukan?
Apa undang-undang yang digunakapakai?
Bagaimana untuk tangani masalah ini?
haaa...amekkaw...berderet soalan..
soalan seterusnya : awak tahu tentang jawatan ni?
then, cerita la serba sedikit tentang jabatan yang berkaitan
soalan : Senaraikan mahkamah mengikut turutan
soalan : siapa hakim Negara, siapa menteri di jabatan BHEUU, apakah jawatan tertinggi di jabatan..
dan tiba-tiba... (saat mendebarkan)
"saya tengok awak ni banyak dapat dekan. mesti student pandai. awak belajar syariah juga kan? kalau macam tu, cuba cerita berkaitan li'an"
dushhh...blackout tiba-tiba!blank!!! sebab iols cuma study untuk sivil je. memang segala hal-hal lain iols tak ingat langsung. nervous la katakan. last-last jawapan salah.huhuhu....
TIPS : kalau tak tahu, jangan terus diam, geleng-geleng, atau jangan sesekali berlagak macam tahu. lebih manis jawab dengan penuh merendah diri "maaf, saya kurang pasti, tapi seingat saya......" ini menunjukkan,anda taktahu, tapi masih mencuba. well said, jujur tu lebih baik.
Then, bila soalan diajukan dalam English, sila jawab dalam English juga :)
**Bersambung iv kedua yang lebih mencabar tetapi seronok! **

SOALAN SEJARAH SPM (BAB 1-3 TING 4 & TING 5)
1. Rajah berikut merujuk kepada
istilah tamadun dalam bahasa Arab.
Apakah maksud istilah madana?
A Pencapaian lahiriah
B Pembukaan Bandar
C Pembangunan
D Peradaban
2.Kerajaan Kedah Tua dianggap sebagai pelabuhan yang
tertua di kawasan pantai barat
Semenanjung Tanah Melayu.
Apakah buktinya ?
A Jumpaan tembikar China
B Jumpaan mata wang Mesir
C Jumpaan manik Mesopotamia
D Jumpaan
barangan kaca Eropah
3.Apakah bukti masyarakat Asia Tenggara menerima pengaruh Hindu Buddha
dalam aspek kehidupan?
A Meninggalkan kebudayaan
tradisi mereka
B Bersikap terbuka dan sedia
menerima perubahan
C Mudah terpengaruh dengan
kebudayaan luar
D Hanya
terpengaruh dengan kebudayaan India sahaja
4.Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas,
Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi
A perdagangan
B perkahwinan
C karya penulisan dan
persuratan
D
pengislaman raja dan golongan bangsawan
5.Antara berikut yang manakah
berkaitan dengan Zaman Gelap di Eropah?
I Gereja sangat berkuasa
II Kelembapan ilmu pengetahuan
III kepesatan perkembangan
ekonomi
IV Sistem pemerintahan yang
berkesan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
6.Mengapakah perkembangan lebih
pesat berlaku di pantai barat Tanah Melayu semasa
penjajahan British?
A Ramai penduduk
B Kekayaan hasil bumi
C Kemudahan infrastruktur
D Kedudukan
yang strategic
7.Apakah faktor yang mendorong
masyarakat tempatan memberikan sokongan kepada pembesar untuk menentang
British?
A.
Sistem kerahan tenaga
B.
Menjadi adat turun temurun
C.
Pelaksanaan undang-undang Barat
D. Mendapat pengiktirafan
pemimpin
8.Apakah kepentingan kedaulatan
kepada sesebuah negara?
A.
Mengukuhkan kuasa pemerintah
B.
Meluaskan empayar
C.
Melancarkan urusan pentadbiran
D. Membebaskan negara daripada
penjajahan
9.Apakah sistem yang diamalkan
oleh Kesultanan Melayu Melaka untuk menjamin pengukuhan sistem pemerintahan
beraja?
A.
Sistem realpolitik
B.
Raja berperlembagaan
C.
Amalan adat perpatih
D. Sistem pembesar empat
lipatan
10.Mengapakah Perlembagaan
Malaysia bersifat luhur?
A.
Perlembagaan melarang perkara sensitif dipersoalkan
B.
Ahli parlimen berkuasa meminda Perlembagaan negara
C.
Kerajaan negeri berhak mempunyai Perlembagaan sendiri
D. Semua undang-undang tidak
boleh bercanggah dengan Perlembagaan
11.Apakah kesan penubuhan
Malaysia terhadap rantau Asia Tenggara?
A. Mewujudkan kestabilan
politik
B. Melahirkan kerjasama
ketenteraan
C. Mengeratkan kerjasama antara
negara
D. Menghindarkan campurtangan
kuasa asing
12.Perlembagaan Malaysia
memperuntukkan kuasa eksekutif kepada setiap negeri. Kuasa eksekutif bagi
kerajaan negeri terletak pada
A. sultan
B. menteri besar
C. setiausaha kerajaan negeri
D. ahli dewan undangan
13..Masyarakat Athens mementingkan sukan. seni berpidato
dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan.
Mengapakah bidang tersebut penting?
A Memudahkan mobiliti sosial
B Membina watak kepemimpinan
C Melahirkan rakyat yang seimbang
D Memperkukuh jati diri masyarakat
14.Penganut agama Hindu berusaha
untuk mencapai moksya. Mereka berbuat demikian supaya
A dilahirkan semula
B diberi pengampunan
C dimasukkan ke syurga
D disatukan dengan tuhan
15.Negara-negara Barat berikut
mula melaksanakan dasar imperialismenya di Asia Tenggara pada kurun ke-16.
Apakah tujuan asal dasar tersebut ?
A Meluaskan tanah jajahan
B Menguasai perdagangan rempah ratus
C Menyebarkan agama kristian
D Mentamadunkan penduduk Asia
Tenggara
16.Pada tahun 1911, Sultan
Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai undang-undang
Tubuh Kerajaan Terengganu.
Mengapakah perlembagaan tersebut
diluluskan?
A Meluaskan wilayah pengaruh
B Mengekalkan kedaulatan negeri
C Membentuk kerajaan demokrasi
D Mengukuhkan hubungan dengan Siam
17.Antara yang berikut, yang
manakah lambang negara Malaysia?
I Wau II Keris III Jata Negara
IV Lagu Kebangsaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
18.Petempatan kekal merupakan
satu ciri penting kemunculan tamadun.
Apakah unsur penting yang menentukan
pemilihan sesuatu kawasan sebagai petempatan kekal dalam tamadun tersebut?
A Keluasan tanah
B Kepadatan penduduk
C Kewujudan sistem kepercayaan
D Kelangsungan bekalan makanan
19.Siapakah yang menentukan
kadar cukai import yang diperkenalkan di pelabuhan Melaka pada Zaman Kesultanan
Melayu Melaka?
A. Duta asing
B.
Laksamana
C.
Pemerintah
D. Syahbandar
20.Apakah faktor yang mendorong
masyarakat Eropah datang ke timur pada abad ke -16?
A. Menyebarkan agama Kristian
B. Kekayaan bahan mentah
C. Memasarkan hasil keluaran
D. Meluaskan pengaruh politik
21.Antara berikut, yang manakah
menghuraikan ciri-ciri ekonomi tradisional? I Penglibatan ahli keluarga
II Pengunaan modal yang kecil
III Pengunaan teknologi yang
canggih
IV Pengeluaran untuk keperluan
domestik
A.
I dan II
B.
I dan IV
C.
II dan III
D. III dan IV
22. Apakah faktor yang
mempengaruhi perkembangan imperialisme barat di Asia Tenggara?
A. Penggunaan kapal berkuasa
wap
B. Pembukaan pelabuhan pembekal
C. Pengenalan birokrasi barat
D. Penciptaan mesin cetak
23. Antara berikut, yang
manakah merupakan ciri – ciri utama sistem pemerintahan demokrasi berparlimen
di Malaysia?
I.
Raja Monarki
II.
Pilihan Raya
III.
Parlimen
IV.
Pungutan Suara
A.
I dan II
B.
II dan III
C.
III dan IV
D. IV dan II
24.Apakah yang dilambangkan oleh
bulan sabit berwarna kuning yang terletak pada bahagian atas Jata Negara?
A. Hak istimewa orang Melayu
B. Negeri-negeri Melayu tidak
bersekutu
C. Agama Islam agama rasmi Malaysia
D. Lambang negeri Melaka
25. Malaysia tidak menjalinkan
hubungan diplomatik dengan Israel. Apakah yang dilakukan oleh Israel sehingga
Malaysia bertindak sedmikian.?
A. Menceroboh dan menindas negara
Palestin
B. Melaksanakan Dasar Apartheid
C. Menanggotai Blok Kapitalis
D. Menyokong aktiviti keganasan
26. Apakah tindakan British setelah
arahannya untuk membayar ufti diingkari oleh Dol Said?
A Menduduki Naning
B Membunuh Dol Said
C Merampas hasil penduduk
D Memulau wilayah Naning
27. Apakah peranan buapak dalam sistem pemerintahan yang
berasaskan Adat Perpatih di Negeri Sembilan?
I Menasihati undang
II Memimpin suku
III Mengetuai perut
IV Melantik lembaga
A I dan II B I dan IV C II dan III D
III dan IV
28. Menurut Perlembagaan Malaysia,
kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan terletak pada
A Sultan
B Jemaah Menteri
C Perdana Menteri
D Yang di-Pertuan Agong
29. Antara berikut, manakah padanan
yang SALAH
NOVEL
|
PENGARANG
|
A- Keris Melaka
|
Ahmad Kassim
|
B- Anak Mat Lela Gila
|
Ishak Haji Muhammad
|
C- Putera Gunung Tanah
|
Ishak Haji Muhammad
|
D- Melor Kuala Lumpur
|
Harun Aminurrashid
|
30. Apakah maksud anak bulan yang
terdapat pada jalur gemilang
A Agama Islam
B Kedaulatan
C Perpaduan
D Kerajaan Persekutuan
TEKNIK MENULIS KARANGAN SPM
Tajuk :
Langkah-Langkah Memupuk Amalan Membaca
Isi-Isi :
-Peranan Ibu
Bapa Untuk Memupuk Amalan Membaca Sejak Dari Anak-Anak Masih Kecil
-Peranan
Guru-Guru Untuk Memupuk Amalan Membaca Di Sekolah
- Kesedaran
Individu Tentang Pentingnya Membaca
-Media Massa
Berperanan Untuk Menyiarkan Iklan Tentang Amalan Membaca
-Mengadakan
Program Jualan Buku Dan Pesta Buku
APA
|
Peranan Ibu Bapa Untuk Memupuk Amalan Membaca Sejak Dari Anak-Anak
Masih Kecil
|
MENGAPA
|
Mengapa ibu bapa yang perlu memupuk minat membaca anak-anak?
|
BAGAIMANA
|
Bagaimana cara yang boleh dilakukan ibu bapa untuk menarik minat anak-anak
untuk membaca?
|
CONTOH
|
Berikan contoh-contoh yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
menarik minat anak-anak membaca
|
RUMUSAN
|
Harapan terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh ibu bapa.
Masukkan peribahasa yang sesuai : “Melentur buluh biarlah dari
rebungnya” “bagaimana acuan begitulah kuihnya”
|
Antara langkah-langkah untuk memupuk minat membaca adalah
melalui peranan ibu bapa. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan golongan yang
paling rapat dengan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa boleh memupuk minat membaca
dalam diri anak-anak semenjak mereka masih kecil lagi. Seperti pepatah melayu, “melentur
buluh biarlah dari rebungnya.” Jika budaya membaca ini dipupuk sejak dari kecil
lagi, pastinya mereka akan terbiasa dengan budaya dan amalan membaca, sekaligus
menjadi satu aktiviti wajib dalam kehidupan seharian mereka sehingga mereka
dewasa kelak. Ibu bapa boleh menjadikan buku atau bahan bacaan sebagai hadiah
sewaktu ulangtahun kelahiran mereka. Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa
anak-anak ke perpustakaan pada hujung minggu. Di samping dapat menambah ilmu
pengetahuan dengan membaca, ibu bapa juga dapat meluangkan masa dengan
anak-anak. “Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.” Untuk menggalakkan anak-anak
membaca, sewajarnya ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan
menunjukkan contoh terbaik untuk mereka.
APA
|
Peranan Guru-Guru Untuk Memupuk Amalan Membaca Di Sekolah
|
MENGAPA
|
Mengapa guru perlu memupuk minat membaca dikalangan remaja di sekolah
|
BAGAIMANA
|
Bagaimana cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat
pelajar untuk membaca?
|
CONTOH
|
Berikan contoh-contoh yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik
minat pelajar membaca
|
RUMUSAN
|
Harapan terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh guru.
Masukkan peribahasa yang sesuai : “Genggam bara api biar sampai jadi
arang” “alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”
|
Selain ibu bapa, guru juga merupakan golongan yang
rapat dengan remaja. Jika di rumah, ibu bapa yang bertanggungjawab menjaga dan
mendidik anak-anak, namun di sekolah, guru diibaratkan seperti ibu bapa kedua
bagi anak-anak. Di sekolah, guru-guru dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG) boleh mengadakan program membaca seperti program nilai atau
mengadakan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan membaca. Selain itu, untuk
menggalakkan pelajar membaca, guru-guru boleh memberikan hadiah dan sijil
penghargaan kepada pelajar yang banyak membaca. Semestinya penghargaan seperti
ini dapat membakar semangatpelajar untuk membaca lebih banyak buku selain
daripada buku pelajaran di sekolah. “Genggam bara api biar sampai jadi arang.”
Usaha-usaha ini perlulah dilakukan sepanjang masa bukan sekadar “hangat-hangat
tahi ayam”. Diharapkan segala usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah ini
dapat menanamkan minat membaca dalam kalangan pelajar.
Subscribe to:
Posts (Atom)