Tuesday, 12 April 2016

SURAT KIRIMAN RASMI

Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tambun,
14000 Simpang Empat,
Pulau Pinang.
_______________________________________________________________

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tambun,
14000 Simpang Empat,
Pulau Pinang.                                                                                         20 MEI  2016

Tuan,

Memohon Mengadakan Lawatan sambil Belajar ke Langkawi


Berhubung perkara di atas, Saya Izzaty Hanani binti Ahamad, setiausaha Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tambun ingin memohon untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Langkawi.

2.    Untuk makluman pihak tuan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu sekolah telah merancang untuk mengadakan lawatan ke Langkawi pada 20 hingga 23 Jun 2016. Seramai 40 orang murid Tingkatan 3 akan menyertai lawatan ini dengan diiringi oleh 4 orang guru pengiring iaitu Cikgu Faiz, Cikgu Aliah, Cikgu Adam dan Cikgu Linda. Antara tempat-tempat menarik yang akan dikunjungi semasa di Langkawi nanti ialah Taman Marin Pulau Payar, Taman Agrotek Mardi, Tasik Dayang Bunting dan Dataran Helang.

3.    Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman peserta. Selain itu, lawatan ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan para pelajar sebelum menduduki peperiksaan PT3 pada bulan September nanti. Lawatan ini juga diharap dapat membantu para pelajar mengetahui dengan lebih jelas tentang tempat-tempat menarik yang ada di negara kita. Semoga mereka akan lebih bangga dan bersyukur dilahirkan di negara tercinta ini. 

5.    Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan ini. Kami juga berharap pihak tuan dapat memberi maklum balas secepat mungkin agar kami dapat membuat persediaan awal. Sekiranya tarikh yang kami cadangkan itu tidak bersesuaian, maka pihak tuan bolehlah mencadangkan tarikh yang lain.

Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih. 

Yang menjalankan tugas,

 ________                          ______
(IZZATY HANANI BINTI AHAMAD)
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit  Tambun.

No comments:

Post a Comment