LATIHAN SIMPULAN BAHASA
Ringan tulang mata
pencarian titik
peluh
nasi telah menjadi
bubur malang
tidak
berbau besar
hati
1. Aduhai,
___________________________________________________________, saya terpijak
seekor ular lalu digigit olehnya.
2. Emak Ali berasa _________________________________________
apabila melihat anaknya rajin belajar and berkelakuan baik.
3. ________________________________________ nya sebagai seorang
nelayan bukannya senang. Bila cuaca hujan, kuranglah rezekinya.
4. Dia berasa gembira apabila mendapat wang hasil
______________________________ nya menjual sayur-sayuran.
5. Saya sudah ditipu oleh penjahat itu. Apa
dayaku, _________________________________
______________.
6. Pak Abu memang adalah seorang yang
___________________________________, pagi-pagi lagi sudah pergi bekerja di
lading getah untuk menyarai keluarganya.
MAKSUD DAN CONTOH SIMPULAN BAHASA
1. ada hati
Maksud : ada keinginan yang
melebihi kesanggupan.
Ayat
: Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.
2. akal kancil
Maksud : tipu daya yang licin
Ayat : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk
mendapat keuntungan yang banyak.
3. alas perut
Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu
Ayat : Amran makan sekeping roti sebagai alas
perut.
4. alim-alim kucing
Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku
dan peraturan.
Ayat : Jamal bersikap alim-alim kucing di
depan ibu bapanya.
5. anak angkat
Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri
Ayat : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman.
6. anak bongsu
Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga
Ayat : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.
7. anak emas
Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
Ayat : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah
saya jika ia menjadi anak emas Tuan Adnan.
8. anak kandung
Maksud : anak sendiri
Ayat : Harlina anak kandung Encik Osman dan
Puan Faridah.
9. angkat bakul
Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri.
Ayat : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila
bercerita tentang dirinya.
10. atas angin
Maksud : Negara-negara barat
Ayat : Negara kita pernah dijajah oleh
negara-negara atas angin.
11. banyak mulut
Maksud : orang yang suka bercakap
Ayat : Sikap Mona yang banyak mulut itu
tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.
12. batu api
Maksud : penghasut
Ayat : Mereka sudah berbaik-baik.
Janganlah kamu menjadi batu api pula.
13. batu loncatan
Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu
tujuan
Ayat : Diterimanya tawaran kerja
sementara itu sebagai batu loncatan untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik
kelak.
14. bekas tangan
Maksud : hasil kerja tangan seseorang
Ayat : Pasu bunga ini adalah bekas tangan
Clementina.
15. bergadai nyawa
Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi
mencapai sesuatu
Ayat : Ahli bomba itu sanggup bergadai
nyawa untuk menyelamatkan mangsakebakaran.
16. buah mulut
Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan
Ayat : Berita tentang Murad membawa
gadis Inggeris pulang telah membawa buah mulut seluruh kampung.
17. buah tangan
Maksud : pemberian
Ayat : Setiap kali ke luar negeri, ayah
pasti membawa buah tangan untuk kami.
18. bulat kata
Maksud : sepakat, sehati
Ayat : Penduduk kampung ini sudah bulat
kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.
19. durian runtuh
Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak
disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
Ayat : Wanita itu mendapat durian
runtuh apabila membeli-belah di pasar raya itu.
20. gaji buta
Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja
sungguh-sungguh
Ayat : Buruh itu lebih banyak berehat
daripada bekerja. Dia makan gaji buta.
21. ikat perut
Maksud : mengurangkan makan kerana susah
Ayat : Manisah terpaksa ikat perut di
sekolah kerana ayahnya tidak mampumemberikan wang saku kepadanya.
22. iri hati
Maksud : perasaan cemburu
Ayat : Perempuan itu iri hati melihat
jirannya membeli perabot baru.
23. jalan buntu
Maksud : tidak mendapat kata sepakat
Ayat : Mesyuarat itu terpaksa
diberhentikan kerana menemui jalan buntu.
24. keras kepala
Maksud : tidak mahu mengalah
Ayat : Lebih baik kamu beralah daripada
terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala.
25. khabar angin
Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.
Ayat : Sejak dia menghilangkan diri
dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar tentang dirinya.
26. langkah kanan
Maksud : mujur atau bernasib baik
Ayat : Hari ini langkah saya langkah
kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal di pesta buku itu.
27. langkah seribu
Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut
Ayat : Budak yang menghendap di dusun
itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah saya.
28. mandi peluh
Maksud : basah dengan peluh
Ayat : Setiap hari Pak Cik Salim
bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.
29. mata duitan
Maksud : orang yang mementingkan wang saja
Ayat : Jangan jadi mata duitan kerana
kekayaan saja tidak dapat menjamin kebahagiaan.
30. pilih kasih
Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang
dikasihi
Ayat : Majikan itu pilih kasih dalam
memberikan pangkat kepada pekerja-pekerjanya.
31. rambang mata
Maksud : sukar untuk membuat pilihan
Ayat : Ibu rambang mata apabila masuk
ke kedai pakaian itu.
32. ringan tangan
Maksud : suka menolong orang
Ayat : Kalau kita ringan tangan, semua
orang akan menyayangi kita.
33. ringan tulang
Maksud : rajin bekerja
Ayat : Kawasan rumah Encik Simon selalu
bersih kerana tukang kebunnya ringan tulang.
34. sampai hajat
Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati
Ayat : Akhirnya sampai hajat nenek
hendak ke Makkah.
35. saudara baru
Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam
Ayat : Vincent telah menjadi saudara
baru sejak bulan lepas lagi.
36. senyum kambing
Maksud : senyum mengejek
Ayat : Pemuda itu tersenyum kambing
melihat cara gadis itu berpakaian.
37. tanda mata
Maksud : hadiah kenang-kenangan
Ayat : Dania memberikan sehelai
selendang kepada Lina sebagai tanda mata.
38. tangan terbuka
Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan
Ayat : Keluarga Hasnan menerima
kedatangan anak yatim itu dengan tangan terbuka.
39. tangkai jering
Maksud : orang yang kedekut
Ayat : Sia-sia saja kamu meminta derma
daripada dia kerana dia tangkai jering.
40. ulat buku
Maksud : orang yang tekun membaca
Ayat : Maniam gemar membaca buku
sehingga rakan-rakannya menggelarkan dirinya ulat buku.