Perahu
layar mudik ke pangkalan,
Sampai di pangkalan, memunggah
barang;
Wahai rakan, handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang.
Sampai di pangkalan memunggah
barang,
Barang habis dibawa ke rumah;
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan
malas.
Barang habis dibawa ke
rumah,
Tiada satu tinggal di perahu;
Hapuskan semangat culas dan malas,
Semua kerja mestilah tahu.
Tiada satu tinggal di
perahu,
Tidaklah bimbang barangkan
hilang;
Semua kerja mestilah tahu,
Bajak, cangkul, tebas, dan
tebang.
Tidaklah bimbang
barangkan hilang,
Semuanya ada dalam selamat;
Bajak, cangkul, tebas, dan tebang'
Semuanya dikerja dengan cermat.
Semuanya ada dalam
selamat,
Boleh disimpan turun-temurun;
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah
gerun.
Boleh disimpan
turun-temurun,
Itulah tanda barang yang
berharga;
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.
Itulah tanda barang yang berharga,
Payah dicari susah mendapat;
Semuanya siap hati pun lega,
Tiadalah tinggal terbuang
penat.
Maksud
Pantun
Rangkap 1: Penulis menyeru
sahabatnya agar segera melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Rangkap 2: Kita diarahkan supaya
mengikis sikap malas.
Rangkap 3: Semua pekerjaan dapat
dilakukan apabila tiada sikap malas.
Rangkap 4: Kita perlu menguasai
bidan tugas masing-masing.
Rangkap 5: Setiap pekerjaan
dilakukan dengan teliti.
Rangkap 6: Sikap berhati-hati dalam
pekerjaan membolehkan seseorang dapat menghadapi kerja-kerja yang sukar.
Rangkap 7: Kegembiraan dan kepuasan
akan tergambar setelah kerja-kerja berat disiapkan.
Rangkap 8: Penat lelah selama ini
tidak terasa apabila pekerjaan berhasil.
Tema
Tema pantun ini ialah semangat dalam
melakukan sesuatu pekerjaan.
Persoalan
(a) Penulis
meyeru sahabatny agar segera melaksanakan tugas.
(b) Kepentingan
membuang sikap malas dan lemah semangat.
(c) Kemampuan
melaksanakan pelbagai tugasan kerja.
(d) Ketelitian
dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e) Kepuasan
kerana berjaya menyelesaikankerja-kerja berat.
(f) Kegigihan
berusaha dapat membuahkan hasil.
Nilai
(a) Kegigihan.
Contohnya, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil
yang menguntungkan.
(b) Kerajinan.
Contohnya, sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(c) Berhati-hati.
Contohnya, jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah.
(d) Kesyukuran.
Contohnya, hati akan berasa lega dan tenang sekiranya kerja yang sukar dapat
dilunaskan dengan sebaik-baiknya.
Pengajaran
(a) Kita
perlulah memiliki semangat juang yang tinggi.
(b) Kita
perlulah membuang sikpa malas dan lemah semangat.
(c) Kita
perlulah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan.
(d) Kita
perlulah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e) Kita
perlulah bekerja bersungguh-sungguh kerana penat lelah akhirnya akan terbalas
juga
No comments:
Post a Comment