Friday, 27 May 2016

BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

6.1    Cadangan ke arah  Pembentukan Malaysia


Tunku Abdul  Rahman beri cadangan,
Di Hotel Adelphi saranan diutara,
Beliau turut suarakan harapan,
Kedudukan kukuh bentuk negara.



6.2   Faktor-faktor Pembentukan  Malaysia 1963

Ancaman komunis desak penggabungan,
Mampu percepat kemerdekaan negeri,
Tanah melayu luas pengalaman,
Darurat peristiwa contoh diberi.

Pembentukan Malaysia galak pelaburan,
Bahan mentah dimenafaat bersama,
Mampu juga  luaskan pasaran,
Kemakmuran negara dikecapi sama.



6.3  Langkah Pembentukan Malaysia


JPPK ditubuh ahli bersepakat,
Beri penerangan tentang gagasan,
Cobbold pula tinjau pendapat,
Dalam JAK diperinci cadangan.



http://cikguletch.blogspot.my/2013/10/pantun-tingkatan-5-bab-6.html

Thursday, 19 May 2016

SEJARAH - TINGKATAN 4

ASoalan Objektif


1. Apakah nama Madinah sebelum tahun 622 M.?

A. Taif
B. Syam
C. Yathrib
D. Madain


2. Antara yang berikut, yang manakah janji orang Arab Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perjanjian Aqabah Pertama?

I. Beriman kepada Allah dan Rasul.
II. Taat setia kepada Rasulullah sepenuhnya.
III. Sanggup berperang dengan orang Arab Quraisy.
IV. Tidak melakukan amalan-amalan jahiliah.

A. I,II dan III.
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV.


3. Apakah faktor yang menyebabkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah?

A. Jemputan dan sokongan penduduk Habsyah terhadap mereka.
B. Nabi ingin berdakwah ke luar Makkah.
C. Raja Habsyah ialah muslim yang baik.
D. Penindasan orang Arab Quraisy terhadap Islam.



4. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah telah mempersaudarakan orang Islam secara keseluruhannya. Manakah antara yang berikut benar tentang persaudaraan tersebut?

A. Aus dan Khazraj disatukan di bawah nama Ansar.
B. Aus dan Khazraj disatukan di bawah nama Muhajirin.
C. Nabi Muhammad s.a.w mengambil seorang wakil daripada kaum Aus dan Khazraj untuk membantu baginda
D. Seluruh umat Islam disatukan di bawah nama Ansar.



5.Wahyu pertama mengandungi " membaca kepada Nabi Muhammad s.a.w.".Pada pandangan anda apakah kesan penting daripada perintah itu?

A. Membaca meluaskan pengetahuan dan pengalaman.
B. Membaca harus dimulakan oleh pemimpin.
C. Membaca dan menulis asas pendidikan Islam.
D. Al-Quran wajib dibaca oleh semua orang.


B)Soalan Struktur

1) Senaraikan isi Perjanjian Aqabah Pertama.
2) Senaraikan empat kepentingan hijrah kepada umat Islam.
3) Senaraikan lima prinsip peperangan yang dianjurkan oleh agama Islam.
4) Nyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.
5) Nyatakan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.


C)Soalan Esei

Nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah. (10m)



Jawaban

A) Soalan Objektif:

1.C
2.B
3.D
4.A
5.C


B) Soalan Struktur




1)- Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah SWT.
   - Mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW.
   - Merekan berjanji tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak, dan membunuh bayi perempuan.

2)- Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.
   - Memberikan peluang kepada Nabi Muhammad SAW menjalin hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dan orang Islam Madinah
   - Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
   - memberikan peluang kepda Nabi Muhammad SAW untuk mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa.

3)- Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan.
   - Dilarang membunuh orang yang lemah, tua,dan sakit.
   - Dilarang membunuh orang yang menyerah diri.
   - Dilarang membunuh binatng ternakan.
   - Dilarang merobohkan rumah ibadat.

4)- Orang Islam berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya. Mereka juga bebas memasuki kota Makkah dan beribadat di Kaabah.
   - Membolehkan Nabi Muhammad SAW merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.
   - Melambang ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi.

5)- Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selama sepuluh tahun.
   - Kabilah Arab yang lain bebas memihak kepada orang Islam Madinah atau kaum Quraisy Makkah.
   - Orang Islam Madinah yang memihak kepada kaum Quraisy Makkah tanpa kebenaran  penjaganya tidak perlu dipulangkan.
   - Orang Quraisy Makkah yang memihak kepada orang Islam Madinah tanpa kebenraran penjaganyaperlu dipulangkan semula.
   - Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.


C) Soalan Esei:


          Dari segi politik,  Nabi Muhammad s.a.w. berperanan sebagai pemimpin di Madinah. Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dan orang bukan Islam.


          Dari segi agama, masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing. Mereka bebas mengamalkan adat mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.


          Dari segi sosial pula, masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.


          Selain itu, dari segi perundangan, undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.


          Manakala dari segi ekonomi, kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara. Unsur penipuan dan riba telah dihapuskan dalam sistem perniagaan.


          Dari segi pertahanan, semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar. 


          Piagam Madinah juga mengakui kedudukan orang Yahudi. Dari segi kedudukan Yahudi, keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.


Sunday, 15 May 2016

Kemahiran Proses Sains

Ilmu sains adalah merupakan suatu kajian tentang ilmu pengetahuan yang menerangkan tentang fenomena semula jadi di persekitaran kita.

Proses pembelajaran sains boleh dijalankan dengan lebih berkesan serta efektif dengan menggunakan kemahiran proses sains.

Kemahiran proses sains adalah merangkumi:

1.            Memerhati.
2.            Mengelas.
3.            Mengukur dan menggunakan nombor.
4.            Membuat inferens.
5.            Meramal.
6.            Berkomunikasi.
7.            Menggunakan hubungan ruang dan masa.
8.            Mentafsir data.
9.            Mendefinisi secara operasi.
10.         Mengawal pemboleh ubah.
11.         Membuat hipotesis.
12.         Mengeksperimen.


Wednesday, 4 May 2016

PANTUN BERKAIT (BEKERJA) KOMSAS TINGKATAN 3

           Perahu layar mudik ke pangkalan,
               Sampai di pangkalan, memunggah barang;
          Wahai rakan, handai dan taulan,
                Bangkit segera kita berjuang.

          Sampai di pangkalan memunggah barang,
               Barang habis dibawa ke rumah;
          Bangkit segera kita berjuang,
                Hapuskan semangat culas dan malas.


          Barang habis dibawa ke rumah,
               Tiada satu tinggal di perahu;
          Hapuskan semangat culas dan malas,
               Semua kerja mestilah tahu.

          Tiada satu tinggal di perahu,
               Tidaklah bimbang barangkan hilang;
          Semua kerja mestilah tahu,
               Bajak, cangkul, tebas, dan tebang.

          Tidaklah bimbang barangkan hilang,
               Semuanya ada dalam selamat;
          Bajak, cangkul, tebas, dan tebang'
               Semuanya dikerja dengan cermat.

          Semuanya ada dalam selamat,
                Boleh disimpan turun-temurun;
          Dapat dikerjakan dengan cermat,
               Kerja yang berat tidaklah gerun.


          Boleh disimpan turun-temurun,
               Itulah tanda barang yang berharga;
          Kerja yang berat tidaklah gerun,
               Semuanya siap hati pun lega.


          Itulah tanda barang yang berharga,
               Payah dicari susah mendapat;
         Semuanya siap hati pun lega,
               Tiadalah tinggal terbuang penat.


Maksud Pantun

Rangkap 1: Penulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Rangkap 2: Kita diarahkan supaya mengikis sikap malas.
Rangkap 3: Semua pekerjaan dapat dilakukan apabila tiada sikap malas.
Rangkap 4: Kita perlu menguasai bidan tugas masing-masing.
Rangkap 5: Setiap pekerjaan dilakukan dengan teliti.
Rangkap 6: Sikap berhati-hati dalam pekerjaan membolehkan seseorang dapat menghadapi kerja-kerja yang sukar.
Rangkap 7: Kegembiraan dan kepuasan akan tergambar setelah kerja-kerja berat disiapkan.
Rangkap 8: Penat lelah selama ini tidak terasa apabila pekerjaan berhasil.

Tema
Tema pantun ini ialah semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Persoalan
(a)    Penulis meyeru sahabatny agar segera melaksanakan tugas.
(b)   Kepentingan membuang sikap malas dan lemah semangat.
(c)    Kemampuan melaksanakan pelbagai tugasan kerja.
(d)   Ketelitian dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)   Kepuasan kerana berjaya menyelesaikankerja-kerja berat.
(f)     Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.

Nilai
(a)    Kegigihan. Contohnya, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil yang menguntungkan.
(b)   Kerajinan. Contohnya, sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(c)    Berhati-hati. Contohnya, jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
(d)   Kesyukuran. Contohnya, hati akan berasa lega dan tenang sekiranya kerja yang sukar dapat dilunaskan dengan sebaik-baiknya.

Pengajaran
(a)    Kita perlulah memiliki semangat juang yang tinggi.
(b)   Kita perlulah membuang sikpa malas dan lemah semangat.
(c)    Kita perlulah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan.
(d)   Kita perlulah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)   Kita perlulah bekerja bersungguh-sungguh kerana penat lelah akhirnya akan terbalas juga