Saturday, 3 December 2016

Belajar di kolej swasta

Bila sebut je kolej swasta mesti korang terfikir, "yuran mahal" "untuk anak orang kaya" "budak-budak tak lulus SPM je masuk kolej swasta" betul tak benda tu yang terngiang-ngiang dalam fikiran korang? lebih baik mengaku 😛

Jom kita merungkai segala persoalan.. betul ke apa yang diperkatakan tu? jeng jeng jeng.. 

1) Yuran mahal 

Ini memang tidak dinafikan. Kalau nak dibandingkan dengan yuran IPTA, memang jauh beza nilainya. sepanjang pengalaman saya menuntut di kolej swasta sepanjang 3 tahun, yuran saja dah Rm 15,500.  tu baru yuran, belum termasuk 'yuran lain-lain'. kalau nak kira semua, mungkin mencecah 30k? 

2) Kolej swasta untuk orang kaya 

Tidak semestinya. Lagipun kan ada bermacam-macam bantuan pendidikan, misalnya pinjaman MARA, PTPTN, bantuan negeri, biasiswa. 

3) Budak tak lulus SPM pun boleh masuk kolej 

Kebanyakan IPT meletakkan syarat minima untuk kemasukan pelajar. syarat-syarat ke IPTS lebih longgar jika nak dibandingkan dengan syarat-syarat kemasukan IPTA. 

Semasa saya di kolej, ramai je rakan-rakan, senior dan junior yang dapat 7A 8A dalam SPM. Jadi, di mana timbulnya isu kolej untuk budak-budak tak lulus SPM? 

Bila dah masuk IPT, semuanya akan berubah. masing-masing dah matang dah boleh fikir buruk baik. Siapa sangka jika yang dulunya nak dapat A dalam subjek bahasa melayu pun payah, tapi bila dah masuk universiti, setiap semester dapat anugerah dekan! 

Pokok pangkalnya, terserah kepada diri sendiri. Abaikan mulut-mulut negatif di luar sana tu.  Ilmu ni luas, menuntut ilmu di mana-mana pun sama sahaja. Yang paling penting minat dan usaha kita untuk dapatkan ilmu tersebut dan memanfaatkannya. 

Good luck ! 


Wednesday, 26 October 2016

Cara berkesan memutihkan kulit muka

Assalamualaikum ,

Semenjak mengalami masalah kulit muka yang agak teruk, pada mulanya berpunca daripada alahan terhadap seafood, disebabkan tak mampu menahan godaan nafsu, akhirnya diri ini mengalah juga dengan ketam-ketam yang tersangat sedap tu! walaupun dah boleh agak akibat yang bakal dialami.. haish mana boleh tahan kalau dah ketam besar-besar ada depan mata, tak sah kalau tak ngappp !

Disebabkan nafsu serakah itu lah maka bermulalah episod-episod tragidi di mana bintik-bintik gatal mula menular di atas muka bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan (ecewah.. ada pula peribahasa) Bila muka dah gatal-gatal, jari jemari ni pun gatal juga lah nak memggaru. maka mulalah timbul masalah lain, iaitu bekas-bekas merah dan parut hitam yang eyueeeww !! buruknya !

start dari situ lah kaki ni ringan je pergi buat facial dekat spa-spa yang terpilih (gittuw) . adalah dua tiga juga pusat kecantikan yang saya dah cuba dekat kawasan-kawasan parit buntar dan area seberang perai selatan. tapi banyak yang tak kena dengan jiwa , masih terdapat kekurangan dari segi servis. kecewa!

tapi saya masih tak berputus asa, akhirnya saya jumpa satu pusat kecantikan yang boleh dikatakan superb. dekat situ dia banyak bagi advice tentang kecantikan, cara penjagaan kulit muka yang betul, ada juga diberi tips-tips pemilihan skincare.

Bak kata penasihat kecantikan saya tu; jangan percaya dengan local produk yang menjanjikan kecantikan seawal mungkin, sapu-sapu je gebu semua tu, nonsense! Biar lambat asalkan selamat. lebih baik gunakan bahan-bahan semulajadi, yang walaupun memakan masa yang lama, tapi yang pasti selamat dan berkesan. bebas daripada merkuri, kimia dan sebagainya.

katanya lagi, kuman pun tak nak hinggap dekat kulit yang penuh dengan bahan kimia. so, you patut risau kalau dalam masa yang singkat, sebiji pimple pun tak ada dekat your skin. katanya lah macam gitu. ada betulnya juga kan!?

Jadi, sejak daripada tu, saya bertukar rutin harian saya, no more skincare. no more local skincare, sapu-sapu, kunyah telan semua ni.

saya beralih kepada bahan-bahan seperti

-Kunyit & madu (untuk jadikan kulit lebih glowing, cerah, bebas jerawat dan parut)
-tepung jagung & putih telur (mengecilkan lubang-lubang kawah dekat muka, mencerahkan, menegangkan kulit, vitamin semulajadi untuk kulit, kelembapan kulit)
-tepung beras / beras (mencerahkan , melembutkan dan melembapkan kulit)
-lidah buaya (saya pakai untuk sejukkan muka apabila seharian berjemur di tengah panas)

so far dah masuk tiga bulan saya mengamalkannya, hasilnya Alhamdulillah, kulit saya lebih elok dari yang sebelumnya. sekarang cuma tinggal kesan parut yang dah semakin pudar. jerawat pun dah berkurang. cuma tinggal seketul dua je time bulan mengambang .

jadi, kepada sesiapa yang ada kulit sensitif yang mengada-ngada tu, boleh la cuba resipi di atas 😂
selamat bereksperimen !



tata.


Friday, 19 August 2016

SEJARAH 2016

Analisis Sejarah SPM 2016 untuk Tingkatan 4
Bab 1
Tamadun Awal: Hwang Ho ***
-Ekonomi
-Pertanian
-Perdagangan.
Bab 2
Sumbangan Tamadun: Rom, Yunani, China dan India.
-Pendidikan ***
-Ekonomi
-Sains Dan Teknologi ***
-Perluasan Kuasa ***
-Seni Bina ***
Bab 3
-Kerajaan Agraria
-Pengarauh Hindu Buddha
Bab 4 Keperibadian Rasululullah.
Bab 5
Kerajaan Islam Madinah:
-Perjanjian Aqabah
-Hijrah (Sebab, Kesan) ***
Dalam -Peperangan Islam
-Piagam Madinah **
Bab 6
-Kerajaan Bani Abbsiyah ***
-Pertembungan Tamadun
Bab 8
Kesan Kedatangan Islam di Malaysia:
-Pemerintahan / Pentadbiran ***
-Ekonomi (Perdagangan dan Matawang) ***
-Cara Hidup / Budaya
Bab 9
Zaman Gelap.
Zaman Pertengahan / Renaissance.
Reformasi (agama).
Pertanian.
Bab 10
Perbandaran.
Kesihatan.
Pengangkutan.
Pendidikan Vernakular.
Analisis Sejarah SPM 2016 bagi Tingkatan 5
Bab 1
-Nasionalisme (Umum)
-Thailand, Indonesia, Filipina
-Faktor Perkembangan Nasionalisme
Bab 2
-Peranan Akhbar
-Peranan Majalah
-Nasionalisme Di Tanah Melayu (Faktor-faktor)
Bab 3
-Negara Bangsa di ITALI, jerman dan Madinah
-Undang-Undang Tubuh Terengganu
-Jemaah Menteri
Bab 4
Gerakan penyerahan Sarawak / Sabah ***.
Bab 5
-Pakatan Murni ***
-Rombongan Kemerdekaan ***
-Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 ***
-Suruhanjaya Reid ***
Bab 7
Demokrasi Berparlimen.
Kuasa Pemerintahan:
-Dewan Negara
-Dewan Rakyat
Mahkamah.
Jemaah Menteri.
Bab 8
Pembangunan: Dasar Ekonomi Baru
-Ekonomi:
Rancangan Malaysia Ke-3 ***
Rancangan Malaysia Ke-4 ***
Rancangan Malaysia Ke-5 ****
-Wawasan 2020 ***
-Dasar Pendidikan Kebangsaan (Sebelum dan selepas merdeka) ***
Bab 9
Faktor Luar -Dasar dan KEPENTINGAN ***
-Blok Dunia dan Perang Dunia ***
-NAM Dan PBB.

http://www.ohmystudents.com/tajuk-fokus-sejarah-spm-2016/

Friday, 27 May 2016

BAB 6: PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

6.1    Cadangan ke arah  Pembentukan Malaysia


Tunku Abdul  Rahman beri cadangan,
Di Hotel Adelphi saranan diutara,
Beliau turut suarakan harapan,
Kedudukan kukuh bentuk negara.



6.2   Faktor-faktor Pembentukan  Malaysia 1963

Ancaman komunis desak penggabungan,
Mampu percepat kemerdekaan negeri,
Tanah melayu luas pengalaman,
Darurat peristiwa contoh diberi.

Pembentukan Malaysia galak pelaburan,
Bahan mentah dimenafaat bersama,
Mampu juga  luaskan pasaran,
Kemakmuran negara dikecapi sama.



6.3  Langkah Pembentukan Malaysia


JPPK ditubuh ahli bersepakat,
Beri penerangan tentang gagasan,
Cobbold pula tinjau pendapat,
Dalam JAK diperinci cadangan.



http://cikguletch.blogspot.my/2013/10/pantun-tingkatan-5-bab-6.html

Thursday, 19 May 2016

SEJARAH - TINGKATAN 4

ASoalan Objektif


1. Apakah nama Madinah sebelum tahun 622 M.?

A. Taif
B. Syam
C. Yathrib
D. Madain


2. Antara yang berikut, yang manakah janji orang Arab Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perjanjian Aqabah Pertama?

I. Beriman kepada Allah dan Rasul.
II. Taat setia kepada Rasulullah sepenuhnya.
III. Sanggup berperang dengan orang Arab Quraisy.
IV. Tidak melakukan amalan-amalan jahiliah.

A. I,II dan III.
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV.


3. Apakah faktor yang menyebabkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah?

A. Jemputan dan sokongan penduduk Habsyah terhadap mereka.
B. Nabi ingin berdakwah ke luar Makkah.
C. Raja Habsyah ialah muslim yang baik.
D. Penindasan orang Arab Quraisy terhadap Islam.



4. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah telah mempersaudarakan orang Islam secara keseluruhannya. Manakah antara yang berikut benar tentang persaudaraan tersebut?

A. Aus dan Khazraj disatukan di bawah nama Ansar.
B. Aus dan Khazraj disatukan di bawah nama Muhajirin.
C. Nabi Muhammad s.a.w mengambil seorang wakil daripada kaum Aus dan Khazraj untuk membantu baginda
D. Seluruh umat Islam disatukan di bawah nama Ansar.



5.Wahyu pertama mengandungi " membaca kepada Nabi Muhammad s.a.w.".Pada pandangan anda apakah kesan penting daripada perintah itu?

A. Membaca meluaskan pengetahuan dan pengalaman.
B. Membaca harus dimulakan oleh pemimpin.
C. Membaca dan menulis asas pendidikan Islam.
D. Al-Quran wajib dibaca oleh semua orang.


B)Soalan Struktur

1) Senaraikan isi Perjanjian Aqabah Pertama.
2) Senaraikan empat kepentingan hijrah kepada umat Islam.
3) Senaraikan lima prinsip peperangan yang dianjurkan oleh agama Islam.
4) Nyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.
5) Nyatakan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.


C)Soalan Esei

Nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah. (10m)



Jawaban

A) Soalan Objektif:

1.C
2.B
3.D
4.A
5.C


B) Soalan Struktur




1)- Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah SWT.
   - Mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW.
   - Merekan berjanji tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak, dan membunuh bayi perempuan.

2)- Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.
   - Memberikan peluang kepada Nabi Muhammad SAW menjalin hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dan orang Islam Madinah
   - Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
   - memberikan peluang kepda Nabi Muhammad SAW untuk mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa.

3)- Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan.
   - Dilarang membunuh orang yang lemah, tua,dan sakit.
   - Dilarang membunuh orang yang menyerah diri.
   - Dilarang membunuh binatng ternakan.
   - Dilarang merobohkan rumah ibadat.

4)- Orang Islam berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya. Mereka juga bebas memasuki kota Makkah dan beribadat di Kaabah.
   - Membolehkan Nabi Muhammad SAW merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.
   - Melambang ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi.

5)- Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selama sepuluh tahun.
   - Kabilah Arab yang lain bebas memihak kepada orang Islam Madinah atau kaum Quraisy Makkah.
   - Orang Islam Madinah yang memihak kepada kaum Quraisy Makkah tanpa kebenaran  penjaganya tidak perlu dipulangkan.
   - Orang Quraisy Makkah yang memihak kepada orang Islam Madinah tanpa kebenraran penjaganyaperlu dipulangkan semula.
   - Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.


C) Soalan Esei:


          Dari segi politik,  Nabi Muhammad s.a.w. berperanan sebagai pemimpin di Madinah. Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dan orang bukan Islam.


          Dari segi agama, masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing. Mereka bebas mengamalkan adat mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.


          Dari segi sosial pula, masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.


          Selain itu, dari segi perundangan, undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.


          Manakala dari segi ekonomi, kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara. Unsur penipuan dan riba telah dihapuskan dalam sistem perniagaan.


          Dari segi pertahanan, semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar. 


          Piagam Madinah juga mengakui kedudukan orang Yahudi. Dari segi kedudukan Yahudi, keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.


Sunday, 15 May 2016

Kemahiran Proses Sains

Ilmu sains adalah merupakan suatu kajian tentang ilmu pengetahuan yang menerangkan tentang fenomena semula jadi di persekitaran kita.

Proses pembelajaran sains boleh dijalankan dengan lebih berkesan serta efektif dengan menggunakan kemahiran proses sains.

Kemahiran proses sains adalah merangkumi:

1.            Memerhati.
2.            Mengelas.
3.            Mengukur dan menggunakan nombor.
4.            Membuat inferens.
5.            Meramal.
6.            Berkomunikasi.
7.            Menggunakan hubungan ruang dan masa.
8.            Mentafsir data.
9.            Mendefinisi secara operasi.
10.         Mengawal pemboleh ubah.
11.         Membuat hipotesis.
12.         Mengeksperimen.


Wednesday, 4 May 2016

PANTUN BERKAIT (BEKERJA) KOMSAS TINGKATAN 3

           Perahu layar mudik ke pangkalan,
               Sampai di pangkalan, memunggah barang;
          Wahai rakan, handai dan taulan,
                Bangkit segera kita berjuang.

          Sampai di pangkalan memunggah barang,
               Barang habis dibawa ke rumah;
          Bangkit segera kita berjuang,
                Hapuskan semangat culas dan malas.


          Barang habis dibawa ke rumah,
               Tiada satu tinggal di perahu;
          Hapuskan semangat culas dan malas,
               Semua kerja mestilah tahu.

          Tiada satu tinggal di perahu,
               Tidaklah bimbang barangkan hilang;
          Semua kerja mestilah tahu,
               Bajak, cangkul, tebas, dan tebang.

          Tidaklah bimbang barangkan hilang,
               Semuanya ada dalam selamat;
          Bajak, cangkul, tebas, dan tebang'
               Semuanya dikerja dengan cermat.

          Semuanya ada dalam selamat,
                Boleh disimpan turun-temurun;
          Dapat dikerjakan dengan cermat,
               Kerja yang berat tidaklah gerun.


          Boleh disimpan turun-temurun,
               Itulah tanda barang yang berharga;
          Kerja yang berat tidaklah gerun,
               Semuanya siap hati pun lega.


          Itulah tanda barang yang berharga,
               Payah dicari susah mendapat;
         Semuanya siap hati pun lega,
               Tiadalah tinggal terbuang penat.


Maksud Pantun

Rangkap 1: Penulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Rangkap 2: Kita diarahkan supaya mengikis sikap malas.
Rangkap 3: Semua pekerjaan dapat dilakukan apabila tiada sikap malas.
Rangkap 4: Kita perlu menguasai bidan tugas masing-masing.
Rangkap 5: Setiap pekerjaan dilakukan dengan teliti.
Rangkap 6: Sikap berhati-hati dalam pekerjaan membolehkan seseorang dapat menghadapi kerja-kerja yang sukar.
Rangkap 7: Kegembiraan dan kepuasan akan tergambar setelah kerja-kerja berat disiapkan.
Rangkap 8: Penat lelah selama ini tidak terasa apabila pekerjaan berhasil.

Tema
Tema pantun ini ialah semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Persoalan
(a)    Penulis meyeru sahabatny agar segera melaksanakan tugas.
(b)   Kepentingan membuang sikap malas dan lemah semangat.
(c)    Kemampuan melaksanakan pelbagai tugasan kerja.
(d)   Ketelitian dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)   Kepuasan kerana berjaya menyelesaikankerja-kerja berat.
(f)     Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.

Nilai
(a)    Kegigihan. Contohnya, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil yang menguntungkan.
(b)   Kerajinan. Contohnya, sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(c)    Berhati-hati. Contohnya, jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
(d)   Kesyukuran. Contohnya, hati akan berasa lega dan tenang sekiranya kerja yang sukar dapat dilunaskan dengan sebaik-baiknya.

Pengajaran
(a)    Kita perlulah memiliki semangat juang yang tinggi.
(b)   Kita perlulah membuang sikpa malas dan lemah semangat.
(c)    Kita perlulah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan.
(d)   Kita perlulah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)   Kita perlulah bekerja bersungguh-sungguh kerana penat lelah akhirnya akan terbalas juga