Jom kita merungkai segala persoalan.. betul ke apa yang diperkatakan tu? jeng jeng jeng..
1) Yuran mahal
Ini memang tidak dinafikan. Kalau nak dibandingkan dengan yuran IPTA, memang jauh beza nilainya. sepanjang pengalaman saya menuntut di kolej swasta sepanjang 3 tahun, yuran saja dah Rm 15,500. tu baru yuran, belum termasuk 'yuran lain-lain'. kalau nak kira semua, mungkin mencecah 30k?
2) Kolej swasta untuk orang kaya
Tidak semestinya. Lagipun kan ada bermacam-macam bantuan pendidikan, misalnya pinjaman MARA, PTPTN, bantuan negeri, biasiswa.
3) Budak tak lulus SPM pun boleh masuk kolej
Kebanyakan IPT meletakkan syarat minima untuk kemasukan pelajar. syarat-syarat ke IPTS lebih longgar jika nak dibandingkan dengan syarat-syarat kemasukan IPTA.
Semasa saya di kolej, ramai je rakan-rakan, senior dan junior yang dapat 7A 8A dalam SPM. Jadi, di mana timbulnya isu kolej untuk budak-budak tak lulus SPM?
Bila dah masuk IPT, semuanya akan berubah. masing-masing dah matang dah boleh fikir buruk baik. Siapa sangka jika yang dulunya nak dapat A dalam subjek bahasa melayu pun payah, tapi bila dah masuk universiti, setiap semester dapat anugerah dekan!
Pokok pangkalnya, terserah kepada diri sendiri. Abaikan mulut-mulut negatif di luar sana tu. Ilmu ni luas, menuntut ilmu di mana-mana pun sama sahaja. Yang paling penting minat dan usaha kita untuk dapatkan ilmu tersebut dan memanfaatkannya.
Good luck !